Friday 16 December 2011

Tidur malam....

Tidur malam??? hurmm..,
Kenapa dengan tidur malam?
Banyak persoalan sebenarnya.. tapi sebagai manusia kite main redah je.. janji dapat tidur.. fuhhh...
Susah untuk mendapatkan tidur yang sempurna??
Jommm ikuti Mommy Lengloi tidur.. ehhh silap, jomm ikuti petua Mommy Lengloi :)

Setiap orang memiliki waktu tidur yang berbeza-beza.. mungkin disebabkan oleh alihan masa seperti berada diluar negara,dan tetiba sudah berada di Malaysia.. Mungkin juga disebabkan oleh kerja mengikut aturan masa.. bekerja siang atau malam hari. Mungkin mempunyai tekanan yang membolehkan otak kita tidak dapat rehat yang cukup nya...
Mengikut Islam untuk mendapat kan tidur yang sempurna boleh mengamalkan petua-petua seperti berikut :
i-Mengambil wuduk, untuk mengelak kan daripada mendapat mimpi buruk
ii- Membaca doa tidur.. Memohon agar Tuhan yang mematikan manusia pada malam hari dan Tuhan juga yang menghidupkan kita pada esok hari.
iii-Tidur mengadap ke arah kiblat, agar kita tidak diganggu oleh makhluk-makhluk ghaib...
iv- Mengelakkan memakai sebarang benda di wajah sewaktu tidur, ini supaya roh kita yang keluar pada waktu malam akan dapat kembali kepada badan kita keesokan hari nya....
v-Meminta maaf dari semua orang , kita tidak tahu hidup mati kita, oleh itu , meminta maaf digalakkan oleh Allah sebelum kita tidak berpeluang untuk memohon kemaafan dari sesiapa sahaja.. mana tahu, Tuhan mengambil nyawa kita sewaktu kita tidur...
Itu sedikit sebanyak petua sebelum tidur mengikut pandangan Islam...
Namun boleh juga sekiranya anda ingin cuba-cuba layan petua Mommy Lengloi pula... :)
a) Pakai stokin kaki sewaktu tidur.. ini untuk mengelak kan badan kita dari memasuki angin... maklumlah, segala penyakit datang nya dari rongga-rongga kaki.. oleh itu pakai la stokin... jangan malu dan malas.. terutama pada golongan lelaki... )
b) Sapu minyak panas pada perut.. bukan minyak masak yang panas tau... samada minyak angin atau sebarang minyak baby oil pun boleh.. untuk membuang toksid dalam badan...
c) Minum air suam sebelum tidur.. amalan ini bagus untuk diamalkan selalu kerana segala toksid dalam badan kita akan di proses sepanjang malam..pada esok hari, kita akan buang air besar. itu sebenarnya toksid dari badan kita..
d) Elakkan dari makan malam selepas jam 9mlm.. wahhhh, masih ramai dikalangan kita yang makan di tengah malam.. bagaimana mungkin anda akan mendapatkan tidur yang baik..??? tidak sempat untuk perut kita 'mengdigest' makanan-makanan tersebut, akibatnya kita akan merasa mengah dan kurang oksigen...
e) Bersugi/Gosok gigi, ini seharusnya dilatih sewaktu kita masih kecil lagi, ibu bapa sepatutnya memainkan peranan dalam mendidik anak-anak memberus gigi sebelum masuk tidur... ini adalah untuk mengelakkan sebarang kerosakan dalam mulut dan mendapat ulser.., tetapi masyarakat kini mudah alpa dengan perkara yang remeh temeh ini...
f) Elakkan kan tidur bersama dengan gadjet kesayangan anda.. ramai sekarang yang tidur bersama hp dan laptop.. mungkin anda tidak tahu bahawa, gelombang yang dihasilkan oleh gadjet anda bahaya kepada badan manusia yang sedang tidur.. boleh menyebabkan kanser/barah kecil dan besar kepada kita.. oleh itu elakkan sebaik mungkin.... kalau anda sayang sangat dengan gadjet dan tak boleh di pisahkan, maklumlah baru beli mungkin... hihi.. jangan jadi kan alasan, anda boleh letak ditempat yang selamat, mungkin dikepala meja katil anda... :)
g)Elakkan dari membawa masalah siang hari dalam tidur.. jika anda mempunyai masalah, biarkan dahulu sewaktu tidur.. ini sangat penting untuk mendapat kan tidur yang sangat sempurna...
Mommy Lengloi pun sekarang mengamalkan petua-petua mengikut pandangan Islam dan petua yang Mommy Lengloi sendiri syor kan.. Mommy Lengloi mahu mendapatkan tidur yang sempurna.. kalau boleh tidak ada sebarang gangguan.... Mommy Lengloi fikir, mungkin ada baik nya jika tidur kita tidak diganggu.. bukan nya apa, esokkan hari nya, badan kita perlu bekerja lebih lagi, seharusnya kita mendapatkan rehat yang sempurna.. Insya'Allah Tuhan itu maha mengetahui segalanya... Kita sebagai manusia hanyalah melakukan sebahagian untuk menyempurnakan sebahagian hidup kita..
Wallahualam....
Mungkin ini sahaja yang Mommy Lengloi boleh share... Jika ada antara kalian yang lebih arif tentang tidur malam.. jommm jangan segan silu untuk memberi komen anda... :)
Mommy Lengloi nak tidur... Selamat malam all.... :)

No comments:

Post a Comment