Monday 26 December 2011

Kenali Buah Terap

Haa... Mentang-mentang Mommy Lengloi dah stay kat Negeri dibawah bayu ni, makanan dan buah-buahan pun dah bertukar corak... hehe.... Hari ni, Mommy Lengloi nak memperkenalkan sejenis buah yang digelar Buah Terap...
Ikuti pengalaman lucu Mommy Lengloi bersama Buah Terap ni..
Jommmmmm Layannn.....

Hurmmm... Bau apa ni? Bapak busuk.. macam bau minyak tar yang orang bikin jalan raya tu.... alahai.. tak tahan nya me bau... mintak ampun la.... Me merungut, apa tidak nya.... satu rumah bau.. mau pitam rasanya... tapi yang pelik nya, semua dalam rumah me cakap, bau buah nie wangi sangat... macam bau durian... huh??? durian???? lagi lah me tak boleh nak bau... :(
Mumy cakap cuba la dulu baru tau enak atau tidak... Mumy adalah mak mertuaku selalu sangat bawa balik buah bila pulang waktu kerja... Tapi kali ni, buah yang tidak pernah me lihat, me dengar namanya dan me rasa pun, malah bau nya pun menyengat hidung me... Namun sifat me yang suka mencuba benda baru, me sanggup menutup hidung dengan sapu tangan semata-mata untuk mencuba buah ni...hihi..
Apa yang menariknya, bila dah dikopek, bau buah yang tadi nya busuk, sudah hilang dan isi di dalam nya sama seperti buah cempedak, cuma beza nya, ia agak kecil dan tidak terlalu manis.. agak 'best' dan me melantak makan macam buah rambutan plak.... dah habis sebiji, mumy kopek lagi 1 biji.. haha, memang gila kami kerjakan buah tersebut..
"itu la, orang suruh 'try' takut-takut, bila dah cuba, tak cukup 1biji dibantai nya ketawa suamiku bila mendengar cerita mumyku petang tadi.. haha.. biarlah kata me, yang penting me nak merasa buah yang amat busuk ni.. hehe... Lagipun, kalau nak ikutkan buah ni memang tidak di jual di semenanjung.. mungkin pokok nya wujud, tapi buah nya mungkin tidak digemari oleh orang di semenanjung.... Mungkin juga ada di kalangan kita yang tidak pernah dengar langsung tentang buah terap ini kan.. Mengikut kata papa me, buah ni memang wujud tapi di hutan-hutan di dalam semenanjung, mungkin ini yang menyukarkan kita mengenali buah ini kan....
Memang benar, menurut Mommy Lengloi, buah terap ini hanya dikenali di Sabah dan Sarawak sahaja.... kalau di ikuti pokok nya dapat di lihat di tepi-tepi jalan di Sabah.. Amat mudah untuk memperolehi buah terap ini....
Menurut kajian dan kamus bahasa, Terap atau tarap adalah sejenis pohon buah dari marga pohon nangka (Artocarpus)... Buahnya yang menyerupai nangka tetapi sedikit kecil, dengan bau wangi yang amat kuat, seperti dicerminkan oleh nama ilmiahnya: Artocarpus odoratissimus.... Buah ini juga dikenali sebagai 'Marang' dalam Bahasa(Filipina) atau 'Johey Oak' dalam Bahasa(Inggeris.). Pokok nya tidak renek dan tidak terlalu tinggi seperti photo diatas.... macam buah sukun pun ada jika dilihat sekali imbas... hurmmm.. 'nice'.. hihi
Lagi me nak gelak apabila di suruh memegang buah terap ini.. ekkk, me geli la pada bulu yang ada pada buah terap nie.. me tidak sanggup untuk pegang.... meremang bulu roma me.. hihi cerewet kan me ni... mana tidak nya, bulu buah ni betul-betul menggelikan... jadi, kalau nak makan buah ni, pegang tangkai la jawab nya dan sambil sebelah tangan lagi menutup hidung.. he... nak sangat tahu kenapa me geli nak pegang buah ni, tengok la photo di bawah ni...
Dah tengok kan... apa yang bermain di fikiran teman-teman..???. mesti geli jugak nak pegang kan... hihi..
Ini lah sejarah Mommy Lengloi dalam mengenali buah terap ni.. semoga kalian jugak dapat mencuba suatu masa nanti.. jangan takut untuk mencuba benda baru.. rasa dahulu, baru tahu... yang pasti memang 'best' bangat.... :)
Salam bertemu lagi di lain lembaran dari Mommy Lengloi. Adiosss.....

No comments:

Post a Comment