Thursday 22 December 2011

Kehidupan

Salam kehidupan buat teman-teman Mommy Lengloi...
Hari yang amat memeritkan bagi me...
Mommy Lengloi nak share dengan our team.. jommm layan....
Me terharu sangat pada waktu ini, saat ini dan ketika ini... me sudah mempunyai kehidupan yang baru, yang mematangkan kan me dalam hidup.. me sudah bertukar corak, me berubah mengikut keadaan, me lebih peka dalam mengerjakan aktiviti seharian.. dan yang lebih penting, me sudah mempunyai tanggungjawab yang amat besar...

Bagi mereka yang mengenali Mommy Lengloi ini, pasti tertawa dengan perubahan yang me perolehi sekarang, mana tidak nya, dari seorang anak kecil, yang kurang matang, teramat manja, degil dan selalu merungut, sekarang sudah berubah watak.. ini pun me lakukan untuk kebaikan semua pihak..:)fuyooo...

Alhamdulillah, Tuhan itu masih menyayangi umat nya dan sentiasa memberi jalan dan petunjuk untuk me terus tabah dalam menjalankan kehidupan seharian... Me teramat bersyukur diberikan mandat sebagai seorang anak yang taat kepada kedua ibu bapa me.. sekarang tugas me lagi besar dengan amanah yang harus dipegang kuat oleh me dengan apa yang me dapat dalam sekelip mata.. apa tidak nya, me harus taat kepada ibubapa mertua me dan juga suami me yang teragung...he:)Mana mungkin untuk hanya taat kepada keluarga me sahaja kan??? Dan sebagai manusia juga, me patuh pada perintah Agama dan Negara.. Insya'Allah doakan me teman-teman...
Namun bak kata pepatah "bumi mana yang tidak ditimpa hujan" Walaupun kehidupan Mommy Lengloi amat bahagia sekarang, me tetap tidak pernah bersyukur... me mahu saja memberontak dan merungut... ada saja benda yang me rasakan tidak puas di minda dan di hati me..hurmm.... Hidup me bahagia dengan dikelilingi oleh orang-orang yang sentiasa mengambil berat akan me, menjaga me, memberi apa saja yang me perlukan...,
Namun dengan keazaman Syaitan durjana yang bermati-matian untuk memusnahkan cucu cicit nabi Adam, me akhirnya tewas...me seperti mendengar bisikan Syaitan itu menyuruh me membuat keputusan membabi buta... me tidak mengendahkan perasaan orang disekeliling me.. me buntu.. me nekad... me nak melepaskan semua nya.. me nak hidup bebas seperti burung..me nak lari dari kenyataan... me tidak mahu menerima keadaan... me nak ikut kata hati... :(
Bersyukur me mempunyai seorang mama dan papa yang teramat mulia di dunia bagi me... Mereka lah yang memberi dorongan kekuatan fizikal dan minda... merekalah yang menyucikan jiwa ini yang telah hitam legam.. Mereka jua lah yang melayan karenah me, dan tidak pernah bosan dengan sikap ego me, sikap keras kepala me, kedegilan me cair dengan ketabahan mereka.... Terharu nya me.. :(
Sehingga sekarang me meneliti diri.. me lebih tabah .. me berhati-hati dalam pelbagai aspek kehidupan... me sebagai manusia yang jahil perlu ingat, bahawa dari mana kita semua datang, dan bila waktu kita akan pergi ke tempat asal usul kita... :)
Oleh itu me mendapat petua kehidupan oleh my lovely mom :)
-Banyakkan melakukan solat
-Membaca al-quran
-Sentiasa Berdoa...
-Taat kepada Suami dan Ibu bapa....
Isya'Allah akan teranglah hati kita semua..... :)
Bak kata-kata mukjizat kehidupan...
1-Sewaktu kita mengadu nasib dan cerewet tentang suami kita,... -ingatlah, bahawa masih ramai diluar sana berdoa untuk diberikan jodoh dalam hidup....
2- Sewaktu kita membebel tentang anak-anak kita supaya anak menjadi taat dan baik,
ingatlah, bahawa masih ramai yang berdoa untuk mendapatkan zuriat....

3- Sewaktu kita tidak puas hati dengan keadaan rumah yang kotor dan bersepah disebabkan oleh orang gaji kita,
ingatlah bahawa masih ramai berdoa untuk memohon diberikan tempat perlindungan walaupun sebuah pondok....

4- Sewaktu kita mengeluh dengan perangai orang tua kita yang mula uzur,'
ingatlah bahawa anak-anak yatim diluar sana berdoa untuk mendapatkan kasih sayang seorang ibubapa...

Oleh itu, Mommy Lengloi bersyukur dengan semua yang Me perolehi sekarang... me tidak mahu lagi menoleh kebelakang dan menyebab kan semua orang di sekeliling me mula menjauh, lebih baik me munasabah diri..
Alhamdulillah semua nya sudah beransur pulih.. me amat bertuah dengan kehadiran orang ketiga dalam hidup me... Doakan me selamat semua nya... terima kasih mama dan papa.. kalian lah yang menyempurnakan kembali hidup me...
okeylah.. setakat ini saja Mommy Lengloi nak share..Moga-moga kita akan dapat menjadi anak yang soleh, isteri yang taat dan ibu yang penyayang... me mahu bersiap-siap mahu jumpe doct.. hope everything is gonna be okeyh... :)

No comments:

Post a Comment