Sunday 18 December 2011

Tidak Ceria

Mengapa kita tidak ceria? Hari ini Mommy Lengloi nak bantu mereka-mereka yang tidak ceria... apa masalah mereka yang menolak erti ceria sebenar... jommm layan.....
Kita boleh untuk memilih waktu untuk ceria.. Ceria boleh di sama erti dengan bahagia mahupun keadaan yang bergembira ataupun menyeronokkkan.. Apa salah nya kita ingin hidup ceria sepanjang masa??.. Bukan kah kehidupan yang ceria merupakan jalan untuk menuju kebahagian dalam alam kehidupan seharian kita sabagai manusia??...
Hurmm... jom kita cuba menggali apa sebabnya kita kehilangan punca ceria.. Menurut kajian yang telah di olah oleh "Dato'Dr.Mohd Fadzillah Kamsah", Sifat dan suasana tidak ceria boleh dikategorikan kepada dua :

1) Tidak ceria yang pasif

Ada juga rupanya tidak pasif ini hadir dalam diri kita, hanya kita tidak menyedarinya.. Apa yang dimaksudkan dengan tidak ceria pasif....???? mungkin dalam keadaan kemurungan, berdukacita, bermuram durja, suasana suram, sepi, sedih, membosankan, sakit.. mungkin juga hadir dalam bentuk sugul, susah hati, buntu dan bingung, kecewa, banyak termenung dan mungkin juga kita bermasam muka.....
2) Tidak ceria yang agresif
Namun lain pula bentuk nya dengan tidak ceria yang agresif.. Mungkin hadir dalam bentuk seperti ketegangan ( tension ), konfrontasi, pertelagahan, perselisihan pendapat, dendam kesumat, serius, pemarah, dan bengis.. Kesemua sifat dan suasana tidak ceria berunsurkan negatif ...
Antara punca yang menyebabkan tidak ceria adalah :
a- Tidak mendapat hidayah-Nya,
oleh itu sebagai manusia yang amat kerdil, maka kita hendaklah merebut Hidayah-hidayah yang diturun kan oleh-Nya..
Antaranya ialah:
* Sentiasa Berdoa
* Menghadiri majlis ilmu
* Mengamalkan ilmu yang diperolehi
* Yakin dengan Qadak dan Qadar Allah
* Buka hati/minda untuk bersedia memperoleh hidayah Allah...
b- Jahil banyak perkara..
Mereka yang bermasalah untuk ceria dalam hidupnya sebenarnya jahil tentang banyak perkara, termasuk jahil atau tidak mengetahui bagaimana caranya untuk ceria dan menjadi tenang.. bayangkan hidup kita sebenarnya ceria, tapi kita dengan jahil nya menolak akal yang waras untuk tidak menjadi ceria.. sanggup menggadaikan kecerian kita semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu kita dengan memiliki sifat "tidak ceria pasif mahupun agresif.. subhanaallah.. sayang nya hidup sebegini.. rupanya kita hidup dalam kejahilan selama ini... :) tetapi bukan jahil yang membawa erti sebaliknya ok...
c- Sifat bodoh sombong... Masyaallah....
Kenapa kita perlu ada sifat bodoh sombong ini.. Sifat yang mengutarakan betapa hina dan keji nya diri kita jika kita memiliki sifat ini... Sedangkan, kita bukan la seorang yang bijak manapun.. mengapa perlu berlagak sombong sedangkan kita dibelenggu dengan kebodohan diri kita???? hurm.. pelik bukan perangai manusia zamank kini... Perkara-perkara asas yang telah dinilai, didapati sikap tidak mahu berbincang mengenai sebarang masalah yang dihadapi menyumbang kepada faktor seseorang itu tidak boleh hidup ceria.... Jangan lupa, masalah kita yang terkumpul selama ini dan tidak tertanggung seorang diri mempunyai potensi yang amat besar untuk membuatkan fikiran kita tertekan dan terbeban sepanjang masa... :) fuhhh...
d- Hati kotor...
Manusia memang tidak boleh lari melakukan kesilapan.. sekali terjebak, 'hangus' la nyawa.... Bukan apa, hati kotor yang dimaksudkan adalah sentiasa tidak menerima keadaan diri dan menyalahkan orang lain... Asyik dengan sifat bangga diri, bongkak dan hipokrit mereka menjadi lebih agresif untuk menyalahkan orang lain sekiranya pertelagahan terjadi,... samada di tempat kerja, dirumah mahupun di tempat umum.... maklumlah, kuasa pemikiran ditangan diri sendiri, sekali di 'block' dengan pemikiran intelektual dari golongan elit, mulalah menggelabah dan tidak sedar diri membangkang sana sini.. bila dipersoalkan dengan ketegasan minda yang berbuah 'kurma', insan-insan yang berhati kotor mula la wujud... mereka tidak dapat memerima konsep creative, akibatnya mereka berdendam... alamak... golongan ini lah yang sememangnya tidak akan wujud kecerian dalam hidup mereka.. kesian... :0
Sekarang dari kita saja, samada mahukan kehidupan yang ceria mahupun tidak..... Bukan boleh larang pun jika mereka sendiri yang memilih untuk hidup kemurungan... tapi bagi pihak Mommy Lengloi, semua manusia dikurniakan akal fikiran setiap seorang, jadi gunakan lah sebaik mungkin.. jangan sia-sia kan akal yang sempurna itu.... Mommy Lengloi hanya orang tengah untuk menyampaikan tiap-tiap petua yang boleh dijadikan ikutan...
Sampai sini sahaja untuk kita semua berkongsi petua 'mengapa kita tidak ceria'
Salam bertemu lagi bersama Mommy lengloi.... :)da...da....

No comments:

Post a Comment