Wednesday 4 January 2012

Tibi Penemanku..


Penyakit  Tibi 

Sebenenarnya ini lah penyakit Mommy Lengloi... yang selama ini tidak di ketahui punca.. Me takot dengan keadaan dan tidak dapat menerima penyakit ini.. Namun me yakin dengan kuasa Tuhan.... Segalanya me hanya berserah... 

JOmm mengenali Apa itu penyakit Tibi??

* Tibi adalah sejenis penyakit berbahaya yang membawa maut jika tidak dirawat..... Ianya disebabkan oleh kuman Tibi.
* Kuman Tibi biasanya menjangkiti paru-paru tapi boleh juga menyerang organ-organ badan yang lain seperti tulang, otak, kulit, kelenjar, buah pinggang dan sebagainya.


Organ serangan!!! Carefull ya..
Ketahui pula bagaimana Tibi merebak???
* kuman Tibi di sebarkan melalui udara.
* Pesakit Tibi akan mengeluarkan berjuta-juta kuman Tibi ke udara ketika bersin atau batuk.
* Orang yang menyedut udara tercemar dengan kuman Tibi akan berisiko untuk dijangkiti penyakit Tibi.

Tanda-tanda mendapat Tibi....
*Batuk berterusan Iebih dari 2 minggu
*Kahak berdarah
*Demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam
*Hilang selera makan
*Susut berat badan
*Sakit dada apabila menarik nafas atau batuk
*Mudah Ietih dan mengantuk



*Jika anda mengalami tanda-tanda yang disebutkan, anda perlu melakukan pemeriksaan berikut:-
                    *Pemeriksaan doktor
                    *Pemeriksaan kahak untuk pastikan kuman Tibi
                    *Pemeriksaan X-ray dada dan ambil darah.

*Penyakit Tibi boleh dirawat dengan sempurna sekurang-kurangnya selama 6 bulan iaitu:-

*2 bulan pertama -makan ubat setiap hari.. penat.. 11biji sekali telan.. ekk...
*4 bulan berikutnya-makan ubat 3 Kali seminggu- sekarang me dalam proses 4bulan.. 

FAKTA PENTING
*Penyakit Tibi tidak boleh berjangklt melalui makanan dan minuman.
*Penyakit Tibi bukan sejenis penyakit keturunan
*Pesakit Tibi yang telah menerima rawatan lebih dari 2 minggu, tidak lagi menjangkiti orang lain.
*Anda berpeluang untuk sembuh jika anda mematuhi rawatan yang disediakan.

Mommy Lengloi Mendapat Sumber:
Unit Promosi Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah 2001. 
Terima Kasih :)




No comments:

Post a Comment